Saturday, May 21, 2011

don't judge a book by its covers

Adalah sangat biasa memilih sesuatu kerana paras rupanya..yup I'm that shallow. I try not to be but it's so common it's like second nature to most people. And when we're stuck with our choices it's too late to go back so we can only regret.

For example..baru-baru ni dek kerana nak menemankan sangat Miz Wanie ke Qreazant (ooh dah lama tak ke sana) aku pun terpilih dua buku yang nampak menarik cover depannya. Oh ya buat mereka yg tak tahu..Qreazant tu kedai buku sewa di Seksyen 9 BBB. Kedainya small and quaint bak kata orang putih..diuruskan oleh 2 cute sisters. Eh..ini bukan iklan tp I really fell in love with that place. The books are Yang Mana Satu and Cinta Ini Milik Kita.

Yang Mana Satu by Emma Maizura

Tengok cover ingatkan cerita cinta remaja yang kelakar tapi adoi..I'm so wrong. Honestly I was struggling to finish this book. Ianya pasal gadis kampung yang bernama Indah yang dibesarkan oleh nenek.

As usual dia orang miskin, cantik dan jual nasi lemak. Halid seorang jejaka sekampung minat kat dia. Tapi dek kerana tension difitnah, Indah pun lari pergi KL cari siapa parents betul dia.
Tertipu kena kerja kat kelab malam. Rasa dah macam selalu sangat tengok cerita macam ni kat tv kan? Jatuh cinta dengan Riyan yang menyelamatkan dia tapi rupanya diorang adik beradik. Eh ini dah macam jadi cerita Autumn In My Heart pulak.
Finally, dapat tahu yang mak dia sebenarnya isteri pertama seorang businessman. Kahwin dengan Zarith yang merupakan anak kedua businessman berkenaan. Bahasa sangat tersusun tetapi jalan cerita bak cerita Hindustan terlalu biasa. Tapi agaknya kebanyakan perempuan suka baca cerita cinta klise macam ni kut?

Cinta Ini Milik Kita by Maisara Sofea



Sara bertemu Ean semasa di sekolah menengah tetapi cintanya tak berbalas. Akhirnya mereka bertemu kembali tetapi Hazeeq yang dikenali semasa di universiti membayangi cinta mereka sehingga menyebabkan Ean hampir terbunuh. Ler..yang Hazeeq ni pun satu macam takde perempuan lain je nak ngurat. Ean pulak walaupun suka Sara masa zaman sekolah terpaksa buat tak tahu sebab dah ada girlfriend. Lepas bertahun-tahun masih suka giler kat Sarah. Yow!



Em..kisah ini agak lebih ringan daripada yang tadi tapi serously selepas membaca Valentina Nervosa I am so looking forward for a love story with a strong character yang tak asyik menunggu cinta seorang lelaki. That's why I became such a big fan of Nurul Syahida. Kebanyakan storylinenya kurang klise dan bahasanya beliavable dan bersahaja berbanding buku lain.



And I so love her sarcasm..mungkin tak ramai orang yang faham chic lit yang witty macam tu. Banyak buku cinta Melayu yang bestseller agak klise dan sarat dengan bahasa berbunga.



When I posed this question to Miz Wanie she replied that maybe women do not like to think much while reading. And yes Miz Wanie menyewa buku English regency nya seperti biasa. Damn..I'm not successful in turning her into a Malay novels fan. Which made me think.. would I be willing to write a novel full of cliches or something that I myself would want to read..hmmm..


Kebanyakan kawan rapat aku yang suka membaca memang lebih prefer English books. Ishqi dengan Shopaholicnya, Wani dengan J.D. Robb, Ja dengan Mills and Boon..yang baca buku-buku Melayu ni ramai remaja tak pun kerani-kerani aku yang kat opis tuh..ha..mula nak tegur takde kerja ke tapi aku pulak boleh join sekaki baca novel-novel diorang. Aku rasa kebanyakan orang Melayu sendiri tak baca buku Melayu atau pun orang Melayu ni memang malas membaca?



1 comment:

  1. Mak andak cadangkan penulis HLOVATE. Ceritanya indah-indah belaka. Her/his English was good. Dia banyak menyentuh tentang kehidupan ke arah kebaikan. Mungkin bahasa yang digunakan sahaja agak santai dan perlu menghayati jalan ceritanya baru dapat memahami apa yang cuba disampaikan.

    ReplyDelete